✿ kembali ke office ✿

dah lame sungguh tak update blog.. malas ar beb.. hahahah..
sekarang dah start doing praktikal.. guess where?? ofkos la kat jb..office lame gua..

best praktikal sini..akak2 sini sume best..bos sporting..kerja fun..elaun pun masyuk (ofkos la lebih rendah dari gaji dulu)..tapi sume best n fun.. alhamdulillah..

semalam baru dapat my first gaji.. arini dah tinggal half! pergh.. tak sempat nak menyimpan nih.. nak kumpul duwit nak buat lesen.. LESEN?? adoyai.. malasnye nak amek lesen.. takot ar.. huh.. ahh buat je ah.. (terpakse).. kuikui..

✿ kursus kawen?? ✿

adehh.. pening gua pasal kursus kawen nih.. nak kena buat ke?? wajib eh?? adehh..

encik tunang pun satu.. yang die g amek kursus tu awal2 wat pe.. tunggu la buat dengan bakal wife die.. maklumle kan.. dulu buat dengan ehem2.. hish!!!!!!!

arghhhh!!

M A L A S ! ! !

M E N C I K ! ! ! ! ! !


p/s: ade sesape ke yang nak teman gua amek kursus kawen? sila emel gua.. (serius)!

✿ saye bakal bertukar status! ✿

wohoo ko dah nak tunang cik fatin! bior betik?! hahaha.. dah nak hampir ke tarikh ni saye dapat rasekan sumtin laa... perasaan yang bercampur2..

kamu dah bersedia ke nak memasuki ke alam baru ni fatin?

eh kamu ni gemok la fatin.. sempat ke nak kurus before majlis ni?

betul ke pilihan kamu ni fatin?

haishh... lepastu saye berfikir.. wondering.. how's my life after becoming engaged to someone? biase je ke? ape rules yang perlu bile dah jadi tunang orang nih??

yang saye pasti, life saye takde lah se"sosial" mane... 3 years ago-yes! dulu saye kerap keluar enjoy2 dengan kawan2.. tapi since masuk belajar balik, saye dah kurang aktiviti merewang tuh.. keluar pun... dengan my girlsfren n housemates.. saye rase macam dah tak berminat nak keluar dengan guys laen except my bf...

oklah..kite tengok jelah macam mane nanti ye..sudah penat memikir..

✿ shhhh... ini rahsia! ✿

bwahaha rahsia le sangat.. saje nak list kan ciri2 mr. pumpkin.. mende ni aku google je.. saje takde kerja nak buat petang2 nih..

ok.. mr. pumpkin berbintang CAPRICORN.. mari la kite same2 mengkaji pasal lelaki capricorn nih...

Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda.

Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal

WARNING: Macam layang-layang putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jangan mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti…

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Tahap Jeles: xxx

Ciuman-ciuman yang didaratkan oleh orang-orang berbintang Capricorn khabarnya sangat-sangat romantis. Bahkan saking romantisnya, ciuman ala mereka kerap menjadi ubat pembunuh stress! (ouchh!!)

Lelaki capricorn lebih berhati-hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.


~ hmmm... 53% betul..

p/s: takleh percaye sangat.. saje suke2... =]

✿ saya kenal sayang saya ✿

specially dedicated to mr.pumpkin

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

Aku lagi kenal dia =]

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua

saya kenal sayang saya =]

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

p/s : saya punye manje awak sorang je yang boleh rasa =]

✿ hujan ✿

hujan oh hujan..
kenape engko turun??
macam mane aku tak turun
katak panggil haku
katak panggil haku...
haii la katak.. kenapee la ko mintak hujan turun time2 kritikal macam nih.. ko mintak la petang sikit ke.. malam karang ke..
i've got to do sumtin very very urgent sekarang.. and rite now, i'm stuck in this library (which i hate a lot).. sebab?? sebab PC kat library nih banyak virus.. dah 8 kali aku tukar pendrive aku.. aish........
yang paling tak leh blah, pagi tadi aku dah pegang dah payung pinkie aku tu.. tapi aku letak balik pasal arini 1 class je.. tak bajet lak ujan nak turun pagi2 ni..
aduiii -_-''
takpe lah mak enon.. tunggu je laaaa...
p/s : menanti kalau2 ade guy yang baek ati nk bagi pinjam payung.. (aik guy je ke).. kuikui

✿ bila aku jatuh cinta ✿

Ya Allah... .
Aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh hati
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuat aku lalai akan adanya Engkau

Ya Allah... .
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu
yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Ya Allah... .
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pilihkan untukku seorang yang hatinya
penuh dengan kasih dan cinta-Mu
Dan membuatku makin menganggumi- Mu

Ya Allah...
Bila seuatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Jodohkanlah kami
Satukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih
mendekati cinta-Mu
Dalam suasana yang sakinah, mawaddah dan rahmah

Ya Allah... .
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Izinkanlah aku untuk menemui kerinduan-Mu


p/s : aminn~~

✿jadual waktu imsak dan berbuka puasa 1431H/2010✿

haa moh la kite tengok bile waktu buke pose yeh.. tapi saye cume letak yang mane ade berkaitan dengan saye saje la..hehe..

first skali mestila kat Shah Alam coz sebulan ni saye akan berpuasa kat sini
Selangor ----> daerah Gombak, Petaling, Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang

pastu umah abah n mama kat Johor Bahru
Johor ----> daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau Berdekatan

next, meh kite check waktu buke puasa kat miri coz sekarang ni Mr. Pumpkin keje kat sane
Sarawak ----> daerah Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi

pastu nak check kat tanahair Mr. Pumpkin, kat Dungun
Terengganu ----> daerah Kemaman dan Dungun

lastly, kat KL coz selalu merayap kat sane
Wilayah Persekutuan ----> bagi seluruh Wilayah Persekutuan dan Putrajaya


ok! complete.. =]

kalu ade kawan2 laen yang nak tau jadual di kawasan laen,boleh la request yek.. tapi kene belanje saye buka pose dulu..haha =]

p/s : sudah melalui 24 kali Ramadhan sepanjang hidup.. ;p

✿happy fasting✿

esok puasa!!!
sekejap je masa berlalu kan.. bulan ramadhan kembali lagi.. di kesempatan ni, saye nak wish pada semua umat Islam, SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA


ingat tau.. =]

p/s : malam ni nak sahur ape ye...

✿keindahan ayat tarikh lahir korang✿

Mari kita tengok ape ayat yang keluar dari tarikh lahir korang....

1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:

January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku terajang
May--------- ----aku cium
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling


2-Ambil ayat dari hari lahir korang:

1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------cikgu matematik aku
18-------lesung batu
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ mee kari adik aku
22-------Robert Pettinson
23-------pedang sakti aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun


3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan:

1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di atas motosikal
4 ---------di bawah katil
5 ---------di dalam jamban jiran aku
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan


4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!

ni aku punye :
aku cium lesung batu di dalam jamban jiran aku sebab aku seksi dan aku boleh buat

kahkahkah!!!
korang punyee pulak... =p

p/s : sukee sukeeee jeee...

✿ ohhhhh!! ✿

OHHH!!
lame sungguh tak update blog.. nak kate busy, tak de lah busy sangat pun.. maklum la dah nak abes "skolah".. hikhik

tengok laa kalau rajin kang ade laa post.. malas nak menaip.. hehe

p/s : banyak menghabeskan masa di library..uhuh! =p

✿ aku rinduuuuu ✿

hmmph.. di kala kesunyian begini (ewah) aku teringat kat bestfren2 aku.. rindu giler.. dulu selalu lepak2, kadang2 tido same, watch muvies, gossip pasal boys.. memang banyak aktiviti kitorang lakukan together..

tapi sekarang semuanya dah ade life masing2.. most of my bestfren dah pun married.. ramai yang dah ade baby sorang dua.. yang selebihnya dah pun bertunang.. aku bet yang dah bertunang tu mesti nak kawen tahun depan..

so tinggal laaa aku sorang.. yang tak kawen lagi.. yang tak ade baby lagi.. dan yang tak tunang lagi.. sekarang ni life aku totally different dari sebelumnye.. sekarang aku dah jadi senyap.. rakan gossip terbaek aku sekarang ialah mak aku..

memangla ramai kawan2 baru time belajar, time pegi kursus.. tapi dorang still tak same macam bestfren aku dulu..

betul la orang kata.. "truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget."

babe!!! aku rindu kat korang..... miss u guys soooo much! :(

p/s : 1 of my bestfren LEEN telah selamat melahirkan baby girl NORSHAMIMI HANA.. congrats leen!

✿ heart lost ✿

I was lost, lonely and scared
and for some reason, you came into my life

I felt empty
I had nothing left to give

but then your eagle became my angle
and gave my soul the wings to fly

you were there
but now you're gone..... :(


p/s : lonely! go away!!

✿ sepi ✿

bisik ku pada bulan
kembalikan temanku
kekasihku, syurgaku...


tanpa dia
malam menemaniku
sepi memeluk ku

bulan, jangan biar siang
biar alam ini kelam
biar ia seperti ku..


p/s : hurmm.. maybe i'm not so important to u....

✿ happy birthday to me!! ✿

Thanks a lot to Mr. Pumpkin dan orang2 yang berkomplot my luvly roomates Pura, Tini, Lyssa n Syura for the surprised birthday celeb at Secret Recipies.. it was wonderful..

chocolate indulgance.. yummyy!!


happy birthday to me!! i'm getting older!!


i wish........... =]


yeayy!! dapat card.. tenkiu all..


here my dear.. hihi


yummy!!


tenkiu sayang..

p/s : 25 is just a number right??

✿ lepaking at Old Town ✿

Rasenye baru seminggu tak jumpe housemates.. tapi rindu nak borak2, gaduh2 dengan dorang.. hehe..

- PURA

- TINI

- SYURA

- LYSSA

Sabtu lepas aku balik umah sewa.. roomates aku sume nak convo.. so aku pun menyebok dengan dorang.. hehe..

Sampai2 je, ktorang kepak kat Old Town depan umah.. tini n lyssa je yang ade.. pura lak g dinner dengan officemate die, syura pulak tengok muvie dengan bf die..

So here we are.. =]

aku mase tu tengah lapar giler ah kan.. so aku order nasi lemak special n white coffe iced.. sambal die memang power pedas! yummy!!


haa nampak tak air lyssa tu?? strawberry float.. sedap!!


hehe.. encik ini memang antu Old Town.. tersenyum gembira dapat favourite dish die.. nasi lemak ayam rendang.. pun sedap!


Lepak punye lepak, kitorang ingatkan tutup pukul 3 am ke kan.. rupenye pukul 12 am dah tutup dah.. so tak dapat la kitorang nak lepak lame.. hehe..

p/s : balik umah, terus tido! 2 ari berturut-turut berjalan..

✿apabila aku semakin berusia✿

Kita semakin sedar yang tanpa wang serba serbi tidak dapat dilakukan. Perkara paling muktamad adalah tanpa wang hidup tidak akan senang. Maksudnya disini dari segi duniawi lah. Maka pada usia dipertengahan pekerjaan menjadi perkara wajib. Persaingan antara manusia semakin pada kemuncaknya.

Adakalanya pada ketika ini juga, kita akan semakin pandai mengawal emosi. Diam ketika kita duduk didalam satu kumpulan dan hanya bercakap apabila perlu. Ini semua terjadi apabila kita rasa, ahh-sukahati-kau-lah-nak-cakap-apa-nanti-kalau-aku-melawan-bergaduh-pula. Maka, apabila aku diam, maka jangan pernah sangka yang kamu cakap betul. Adakalanya aku diam sahaja tandanya malas mahu melayan. Sia-sia.

Dan pada ketika ini, mulalah kau rasa inginkan seseorang yang sentiasa ada bersama kamu. Mula sukakan kanak-kanak dan kepingin hidup berkeluarga. Namun atas alasan yang pertama, keinginan ini semakin pudar namun masih ada. Mustahil tiada.

Semua benda pun aku sudah rasa. Tetapi satu apabila masih belum pandai kawal emosi.

Bermakna aku belum cukup dewasa..

p/s : bakal berusia 25 tahun beberapa hari lagi...

✿hye there✿

Hye there..

I just want to say..


I love how easily you make me freeze..

I love to keep saying that you are my first love..

I love to see your face when you laugh..

I love when you said "sayang" to calm me down..

I love how I can picture myself with you - Sharing a life, eventually, when we meet..

I love being the yes‚ to your maybe..

I love to rewind our memories when we're in primary 6..

I love how happiness seems plausible when I talk to you..

I love the way you understand my place in life, how I don't feel alone..

I love daydreaming of you in class instead of writing notes..

I love the way I wish I could cook something for you, even if it little bit spicy..

I love how you play dumb just to see what will happen..

I love it when you send me songs, or ask me what I'm up to, or how I'm doing..

I love the feeling of growth within me..

I love your insights and sensitivities..

I love knowing that you mean it when you say sorry..

I love May 24th..

I love how I miss you when you're not around..

I love how you say I love you when we're far away..

I love how we can say it in different ways..

I love how I can learn from you..

I love how cute you are..

I love how serious you can be, and how you're silly just the same..

I love how I have songs that remind me of you..

I love how with every day that passes I feel more and more comfortable around you..

I love loving you..


p/s : i miss HIM already!!

✿rindu✿

Jiwa yang tadinya kosong tiba-tiba sentap!
Hati yang tadinya rabak kian parah.
Kau tunduk sayu..
Duduk terpaku...

Diam.
Kenapa perlu begitu..
Apa mahunya kamu..
Ah, aneh sungguh bukan..
Kau asyik tahu berangan..

Tarik rapat dia ke sisi kamu..
Peluk erat..
Dakap dan kejap..
Jangan biarkan dia lari..

Pandang matanya..
Dia masih ada..
Jangan lupa..

✿final exam!!!✿

aish.. lagi-lagi exam.. kecut perut.. killer paper for this sem is accounting.. argh! pesal laa aku susah sangat nak masuk subject nih.. balance shit sheet yang macam harrem bestt sangat!! hopefully lepas laa..


wish me luck guys!

p/s : sedang baca kontrak yang terakhir! yehaaa..

✿doa musim peperiksaan✿

Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa pada hari peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

✿sendiri lagi✿

i'm alone again..


pura payung * out with yaya-movie marathon

tini hot * dating dengan ketom

call mama * tak angkat

call abah * tak angkat

sms mr huggy bear * tak reply-either tido or maen game


.............. !!!! sigh~

p/s : finally, amik hard disk, tgok cite twillight.. again!!

✿ something better ✿

My life was great until you told me,
I don’t love you anymore, I want to be free.
My heart was broken and started to bleed,
Because you gave up and wanted to leave.

No one has ever hurt me like this,
You betrayed me with just a kiss.
I didn’t think I would ever get over it,
I just wanted to die, give up, and quit.

I felt a gapping hole in my heart,
Bleeding so badly and falling apart.
I don’t know what to do now, I said,
Something deep inside me is dead.

As the wounds healed I came alive,
I’m not going to die, I will survive.
I had awakened a new sense of freedom,
With each day passing, I knew where it came from.

I am a survivor . . . I can’t let this get me down,
I must not walk around town with a frown.
It is so easy to climb inside,
Escape reality, deny love, and hide.

A year has passed and here I am today,
I feel great and am so glad I found my way.
I have met a wonderful person, a life to share,
A friend so kind, true, and with a love so rare.

How could I have possibly been so blind,
Not to realize that true love is there, to find.
I learned that when something happens bad,
It’s important not to become too sad.

Waiting around the corner is something great,
Don’t be afraid to reopen the gate.
For we truly hurt those we love the best,
But true love always survives the test.


p/s : true love is worth to wait...

✿kantoi✿

Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak ?

* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.

* Suami : Ye lah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita ?

* Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita ?

* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita ?

* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya ?

* Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya ?

* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal ...

* Isteri : ????!!!!!

* Suami : ( Dalam hati ) Alamak kantoiii !!


p/s : memang dasar lelaki!! hahahahha...